Ngomel Cik Yaya


Mulut Blog

gaya:serlahkan keterampilanmu dgn memilih pakaian yg sesuai

nak keluar dating, pening memikirkan pakaian apa yg sesuai untuk di pakai.agar kelihatan tidak janggal dimata  pasangan kita.bagi lelaki tak menjdi masalah untuk memilih pakaian untuk di pakai ketika keluar dating.bukan itu aje,setiapkali nakkepejabat juga msti ambil masa yg lama di depan almari semata-mata bingung memikirkan pakaian apa yang sesuai untuk di pakai.dan masalah ini kerap kali melanda wanita,tapi jangan tak caya lak,lelaki maskulin pun mengalami masalah sama .ok.di sini leya nk kongsi sikit tips berkenaan dengan cara berpakaian bagi wanita sekadar panduan aje.jangan lupa tau layari FUNKERFM sebab topic ni akan leya bawa kan petang nie  mengantikan  dj nian [4pm-7pm] dalam slot cofee break kerana beliau  masih lagi bercuti.

selain dari memilih pakaian yg sesuai anda juga kena memilih warna yang agak sesuai untuk n mpak menawan di mata mereka.di bawah nie leya dah listkan warna-warna utama  yg agak sesuai untuk anda pilih atau mungkin warna ni agak sesuai dengan keinginan dan kehendakmu.so,teruskan bacaan…

1-kelabu

warna ini agak hot tetapi tidak semudah itu untuk memakainya.tersilap memilih penampilan anda nampak kusam dan hambar.berikut adalah cara terbaik untuk membantu anda kelihatan cantik dengan warna kelabu

  • tambah sinaran pada warna kelabu yg anda pilih.pilihlah dengan hissn metalik dan manik.fabrik satin adalah antara kelabu yg cantik untuk anda jelmakan dalam perhiasan sebegini
  • untuk gaya yg kelihatan anggun,padankan warna kelabu dengan hitam putih.ataupun padankan dengan kelabu juga tetapi kumpulan warna yg berlainan.mungkin kelabu yang terang atau yg gelap sikit dari pada apayg anda pilih.
  • tambah aksesori yg mampu menaikkan seri penampilan anda misalnya perhiasan emas dgn tona ruby,ungu,@ cobalt .semua ini nmpak mewah dengan kelabu.kebanyakan wanita,jika memilih warna kelabu pada jaket @seluar berbanding memilihnya pada tudung @ baju.jarang kita melihat perempuan yg memilih baju.yg nmpak lebih elegant[pada mata sy]
  • dalam memilih kelabu juga,pilihan yg berpotongan feminin@kontemporari.ushmemilih potongan asalnya kerana ianya membosankan keterampilan.swing jacket,seluar berpotongan lebar dan gaun pendek satin semuanya catik dalam rona kelabu.
  • gunakan aksesori untuk menambahkan warnadalam penampilan anda.pilihlah beg atau kasut keemasan atau pun perhiasan dari kulit haiwan.

2-merah

warna merah banyak terbahagi kepada kategori bermula daripada merah jambu lembut dan juga merah keuguan.ada merah yg menjadikan anda cantik,dan ada jugayg menjadikan anda tidak bermaya.ada pebagai cara menampakkanandacantik dengan warna ini.berikut adalah enam ketogeri  kulit pilihan merah yg sesuai

jika anda memilih merah dan anda kelihatan memonopoli oleh warna itu apabla melihat ke dalam cermin,jelas terbukti yg pilihan warna itu tidak sesuai dengan anda.tetapi sekiranya anda memakai merah dan anda sangat menawan.itulah merah yang terbaik untuk anda

  • kulit cerah-jika anda berkulitcerah danmempunyai rambut keperangan dan mahumemakai kanta lengapwarna biru atau hijau,ana perlu memilih warna merah yg mempunyai unsur kebiruan.merah yg becampur sikit warna jingga,tidak sesuai sama sekali dengan anda
  • rambut coklat-jika rambut anda berwarna coklat pula,pilihalah warna merah yg terang dan gelap.untuk anda merah yg kebiruan adalahpilihan yg terbaik. dan jauhi lah warna merah yg mempunyai unsur kekuningan
  • kulit kekuningan-jika anda mempunyaikulitputih kuning,warna merah yg terbaik untukanda adalah warna campuran merah jingga.merah sebegini sangat sesuai dan dan ia menyempurnakan warna kulit dan rambut anda.jauhi sama ada warna merah kebiruan
  • rambut putih-jika rambut andasedikit kelabu danputih,lebih baik anda memilih warnamerah  keungguan dan merah kebiruan,anda tidak sesuai mengenakan warna merah dengan sentuhan jingga.
  • rambut hitam-kalau rambut anda hitam pekat pula,anda sangat cantik mengenakan merah terang seperti warna merah peti surat.perlu di ketahui yg warnamerah sebenarnya sesuai dengan semua jenis kulit dan warna rambut.yg paling pening ialah kebijaksanaan dalam memilih.paling pening,warna merah yg di pilih haruslah mampu meningkatkan seri diri dan bukannya menenggelamkan anda

3-kuning

ramai orang takut untuk memilih warna kuning dengan alsan berbeza.sebenarnya,anda boleh memakai warna kuning walaupun merasa tidak yakin untuk mengenakannya.berikut kami berikan panduan untuk anda tampil cantik dengan warna ini  walau apa pun warna kulit anda

  • pilih jenis kuning yang betul-walaupun anda tidak sesuai mengenakan warna kuning yg sedang popular,sebenarnya ada kumpulan warna kuning yg sesuai untuk anda gaya kan
  1. kulit-warna gelap dan berambut hitam-anda cantikmengunakan warna kuning terang
  2. rambut-keperangan-pilih warna kuning yang agaklembut sedikit
  3. tips memilih fabrik:agar warna kuning menyemarakkan lagi penampilanmu,dekatkan warna kuning itu pada wajahmu,sekadar memasikan apakah warna itu sesuai dengan rona warna kulit mu
  • pilih aksesori berwarna kuning-jika anda telah puas mencuba dan tidak  ada satu pun yg sesuai dengan anda,pilihlah aksesori yg berwarna  kuning.anda boleh mengunakan beg tangan uning ataupun kasut kuning,dan sebagai cadangan anda bole mengenakan atau memakai kasut kuning dengan pakaian yg berwarna agak gelap misalnya hitam @ biru laut untuk penampilan yg lebih menyegarkan
  • padankan dengan warna lain yg agak lembut-anda mungkin tidak berani untuk mengenakan warna kuning begitu sahaja,cara terbaik anda boleh mengenakan /memadankan warna lain yg lebih lembut misalannya warna coklat muda.andai rasa tak sesuai bagi anda,cuba padankan warna hitam pula.nmpak lebih berkeyakinan
  • serlahkan kulit anda-kalau anda baru pulang dari  pantai dan kulit anda terbakar keranasinaran matahari,waktu itu adalah waktu terbaik anda mengenakan warna kuning,kenakan lah blaus kuning pasti anda akan nmpakluar biasa.danlebih comel dari biasa

u look blue

  • tidak dnafikan ramai dikalangan wanita-wanita menyukai warna biru,dan memilih wrna biru setiap kali mereka nk keluar dating mahu pun ketempat-tempat yg awam.tapi awas! x semua pakaian warna biru sesuai untuk di bawa ke sesuatu majlis.
  • agar pinggang kelihatan ramping,pakailah pakaian yg mampu memmbuatkan  bahu lebih besar dari pinggang.
  1. gabungkan warna yang sepadan antara bawah kain dan atas iaitu dibawah lebih gelap dari bahagian atas
  2. ia mampu memberikan kesan efektif.
  3. yg penting,teliti terdahulu gaya manakah paling sesuai dengan gaya anda.ingat!personaliti diri anda dinilai daripada stail peribadi anda

TIPS UNTUK LELAKI

Ada beberapa jenis kod pakaian yang paling kerap digunakan, iaitu:

  1. kasual
  2. semi-formal
  3. formal

1-Kasual-

  • Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya.

 

  • Pakaian kasual terdiri daripada:
  1. jeans – tidak kira seluar atau skirt
  2. t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan
  3. seluar pendek
  4. seluar capri
  5. kasut sukan
  6. selipar
  • Jenis kain yang sesuai ialah:
  1. denim
  2. kain kapas
  3. khaki

Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.

 

2-Semi-formal

  • telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke pejabat.Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.
  • Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.
  • Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda patuhi.

Pakaian semi-formal terdiri daripada:

  • A. Wanita
  1. seluar panjang
  2. skirt
  3. baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain
  4. blaus
  5. blazer/jaket
  6. gaun kasual
  • B. Lelaki
  1. seluar panjang
  2. kemeja lengan panjang
  3. t-shirt berkolar
  4. kemeja lengan pendek
  5. jaket/blazer
  6. tali leher

Jenis kain yang sesuai ialah:

  1. khaki
  2. rayon
  3. polyester
  4. batik

3-Formal

  • Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor.
  1. Pakaian formal terdiri daripada:
  • A. Wanita
  1. jaket dengan skirt atau seluar
  2. seluar panjang dengan blaus yang sesuai
  3. kurung atau kebaya
  4. kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)
  • Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup kulit.Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik.

 

  • B. Lelaki
  1. baju sut/blazer yang sesuai
  2. kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali leher
  3. vest
  4. tali pinggang atau suspender
  5. stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai
  6. kemeja batik/baju melayu dan samping
  7. kasut kulit
  • Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.

 

  1. Perkara yang perlu dilaku atau dielakkan semasa berpakaian adalah:
  • Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.
  • Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang pelik-pelik.
  • Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.
  • Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.5. Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat solek seperti wanita.

 

One Response to gaya:serlahkan keterampilanmu dgn memilih pakaian yg sesuai

  • lily says:

    hi..sy tertarik dgn segala panduan yang telah diberikan..tetapi di sini sy mpunyai masalah hndak memadankan baju dgn seluar..sy mpunyai baju warna coklat bercorak dot hitam..warna seluar apakah yang sesuai hendak sy padankan..adakah warna seluar marron sesuai di padankan..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Hubungi saya
  • Facebook
  • Twitter
  • Blogger Blog
hati blog